Tips dan cara tukar air aquarium yang sepatutnya semua penghobi patut tahu


Tips dan cara tukar air dalam akuarium. Saya share artikel ni daripada bro Azril Azhari dari group Malaysian Golden Arowana Society sbb panduan dalam bahasa melayu yang lengkap. Hehe.

Sebelum baca, sila take note:
WC = Water Change

Selamat Membaca!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Halo kawan2.. topic ni agak senang dan antara yang paling penting untuk setiap aquarist belajar.. banyak ikan yang tiba2 tercungap, mata jadi kelabu, stress, tak nak makan lepas water change.. dalam topik ni saya akan explain beberapa bende

1) Bende2 yang perlu ada masa nak buat WC
2) Cara2 nak buat WC dengan cuci filter
3) Cara nak kekalkan Ph dalam aquarium
4) Old Tank Syndrome / Sindrom Aquarium Lama



1) Bende2 yang perlu ada masa nak buat WC

a) paip sedut air
b) sumber air bersih
c) anti klorin / water conditioner
d) mineral tambahan (bioearth, imperial earth) - tak wajib
e) bacteria supplement - tak wajib
f) Ph tester (jenis cecair / jenis Ph meter)



2) Cara2 nak buat WC dengan cuci filter

a) matikan filter dan test Ph air paip dengan air aquarium.. kalau tak banyak beza, teruskan WC

b) cuci cermin aquarium, lepas tu keluarkan air dari aquarium sambil sedut apa2 habuk yang ada

c) sambil keluarkan air, sukat antiklorin/bacteria supplement dan bancuh mineral tambahan dalam botol.. lepas tu amik span dalam filter, tukar ataupun cuci dengan air aqua yang dah dikeluarkan tadi (masukkan dalam baldi untuk tujuan nak cuci filter).. kalau filter box dah kotor dengan air aquarium tadi gak.. JANGAN cuci media guna air paip, sbb klorin boleh bunuh semua bacteria yang ada dalam media tu.. bilas2 dengan air aquarium sahaja.. kalau yang guna sump, sedut semua habuk2 yang ada dalam sump tu..

d) masukkan paip air dalam aqua, bukak air PERLAHAN.. biar ada satu aliran yang sangat perlahan supaya ikan tak terkejut

e) sambil air baru tu masuk dalam aqua, tuang antiklorin separuh dose.. tunggu air dah sampai separuh jalan, tuang lagi separuh..

f) biarkan dalam 2-3 minit sebelum on filter semula..


3) Cara nak kekalkan Ph dalam aquarium

Selalunya aquarium lama akan turun Ph berbanding dengan aquarium baru (penerangan ada dekat bawah, sila baca).. kita perlu selalu check Ph, supaya kite tahu keadaan air dalam aquarium tu .. kalau dah nampak ph air dalam tank dah makin turun, boleh tambah coral perlahan2.. nasihat saya tambah 500gm, tunggu 28 jam pastu check ph.. kalau ph belum naik, masukkan lagi 500gm.. sampai ph air aquarium dah sama dengan ph air paip.. coral ni kena tukar setiap 6 bulan, sbb bile calcium dia dah habis, dia dah tak boleh nak naikkan ph air dah..


4) Old Tank Syndrome / Sindrom Aquarium Lama

Sindrom aquarium lama terjadi bila ikan2 dalan aquarium yang ada paras ammonia dan nitrite yang agak tinggi dah Ph yang rendah. ia boleh disebabkan sbb banyak sangat letak ikan dalam aquarium tanpa media yang bagus tapi selalunya sindrom ini jadi bila kurangnya maintenance oleh tuan aquarium tu.. sindrom ni boleh effect ikan, tapi slalu akan effect ikan2 yang baru nak dimasukkan dalam aquarium

Simtom2 sindrom aquarium lama

simtom utama ialah kematian apa2 ikan baru yang dimasukkan dalam aquarium yang mempunyai old tank syndrome ni sbb ikan2 yang lama tu semua dah biasakan diri dengan air yang kurang cantik, ikan baru tu mungkin akan nampak active dan tak sakit, tapi ikan tu akan tiba2 mati tanpa sebab.. semua chemical dalam air (ammonia, nitrite dan nitrate) dah lama berkumpul dan agak bahaya untuk ikan2 yang baru untuk sesuaikan diri..

bile kita buat test Ph, bila Ph dah turun lagi rendah dari 6 (kecuali kalau sumber air mmg ph rendah), maknanya air tu dah ada something wrong.. keadaan ini akan menyebabkan bacteria semua mati, lepas tu paras ammonia dan nitrite dalam air akan naik perlahan2..

cara2 nak elakkan old tank syndrome, kena buat WC dan cuci filter selalu.. kalau tak buat wc selalu, Ph akan turun dan bacteria akan mati, lepas tu ammonia akan naik.. kalau boleh setiap minggu kena buat wc, baru chemical2 dalam air akan berada ditahap yang sentiasa rendah atau kosong..

*Sebaiknya lakukan WC seminggu sekali, tkar air 25% sahaja. Ada kdg2 kena tkar air smpai 50%, 75%, tp bergantung pada keadaan mcm masalah air atau penyakit2 tertentu.

untuk sumber air yang rendah, boleh letak coral dalam filter bertujuan untuk nak naikkan ph keparas selamat..

cara senang nak elakkan old tank syndrome, dengan tukar air selalu.. top up air tak dikira, sbb bile ada tersejat, ammonia takkan tersejat.. top up byk mana pun, ammonia masih akan banyak tu jugak.. air perlu DITUKAR..


Azril Azhari


*edited

-sumber dari page Malaysian Aquarium Fishkeeper

No comments:

Post a Comment