Ok kali ni admin cuba balik aktiviti ni dengan sifu perikanan admin iaitu saudara faizal rahim. Masa kecik2 dulu kita tangguk ikan tapi tiada pengetahuan pasal ikan yang kita nak tangguk. Tentang keperluan ikan tersebut, cara pemakanan ikan dan cara nak breed ikan tersebut. Bila dah besar sikit ni baru la tau sikit2 pasal ikan yang kita tangguk ni. Admin akan kongsikan semuanya dalam artikel kali ini..
Gambar kat atas ni ialah benda yang kita perlu ada untuk menangguk ikan. Bekas simpan ikan dan tempat tangguk. Kalau target kita ikan yang bernafas menggunakan bubble, kita kena sediakan alat penafasan dia, kalau orang yang selalu pergi mancing pakai umpan hidup mesti tau benda ni. Tapi kali ini admin nak tangkap ikan laga kampung dan ikan sepilai. Jadi admin tak perlukan alat tu. Lepas alat semua dah ada kita kena pergi ke tempat yang dipercayai spesis yang kita nak tangkap tu duduk. Dalam cerita kali ni sifu admin tunjukkan tempat ikan laga dan ikan sepilai ni duduk, tak jauh.. Dekat kawasan rumah dia jugak. Untuk ikan jenis yang disebut diatas, ikan2 ni suka dekat tempat yang tenang dan cetek. Air bersih dan ber PH agak rendah. Kalau ada nampak ikan haruan lompat sana sini tu maknanya ikan ni takde atau kurang kat kawasan tu sebab dah kena makan ngan haruan.
Dalam gambar kat atas sifu faizal telah pergi ke port exclusive dia dan lokasi kawasan terpaksa admin rahsiakan. Takut kaki pukat tunda datang tapau semua ikan kat sini. Sebelum kita tangguk ikan kita kena betulkan niat kita. Sebagai contoh admin tangguk ikan ni sebab nak belajar mengenai ikan ni. Tingkah laku dia, apa dia suka apa dia tak suka. Lepas tu admin nak breed ikan2 ni, bila dah keluar anak admin akan lepas kan balik ke habitat ikan ni kat kawasan2 yang dah kena tapau dengan kaki tapau takde hati perut. Kaki tapau ni kalau nak tau sekali dia tapau 100-200 ekor. Bergantung ikut tenaga dia.kalau pagi tu dia sarapan banyak tenaga banyak mungkin sampai 1000 ekor. Lepas tu dia post kat fb dia jual sekor rm5. Kalau jumpa kaki tapau ni korang jangan kawan ngan dia, cakap ngan dia mak aku tak bagi kawan ngan ko. Lupa nak tambah, satu lagi ikan ni suka main tepi2 je..dekat celah2 semak
Lepas menyauk dalam setengah jam dapatlah beberapa ekor ikan sepilai dan ikan laga. Ikan sepilai ni juga dikenali dengan nama croaking gourami. Ikan laga kampung pula nama dia ialah betta imbellis. Ikan-ikan ni sedang diancam kepupusan disebabkan pembangunan dan pencemaran. Salah satu faktor lain juga adalah kemasukkan ikan pendatang yang terlampau banyak ke habitat ikan sepilai dan laga ini. Sedikit sebanyak telah mengganggu ekosistem tempat tersebut. Pada post akan datang admin akan cerita pulak sapa dia ikan pendatang ni.
croaking gourami
betta imbellis betina belah kiri, belah kanan betta imbellis jantan
Dua gambar kat atas ialah gambar yang clear sikit untuk ikan2 yang admin dan sifu faizal tangguk tadi. Ikan sepilai tu admin google je. Yang gambar betta tu pulak ialah cara permulaan kita nak breed ikan imbellis tersebut. Lain kali la admin cerita macam mana nak breed.
Bila dah sauk2 tangguk2 kita kena sediakan tempat tinggal yang sewajarnya untuk ikan yang kita tangguk ni. Kalau bole lebih kurang sama dengan habitat kita tangguk dia. Ada pokok akuatik, ada tempat menyorok, ada kayu2 mati, tanah pasir dan juga makanan. Ni admin bagi contoh tempat tinggal yang sesuai untuk ikan yang admin tangguk.
tank sifu faizal
tank admin
Dia samalah macam korang kawin ngan pasangan korang.mestilah nak sediakan yang terbaik untuk diorang. Sama jugak untuk ikan2 ni. Kita jangan seksa dia dengan bagi rumah tak best, aquarium kecik air kotor tak berganti. Nanti bila ikan2 ni dah bertambah zuriat diorang admin akan lepaskan balik diorang ketempat asal diorang.
Sekian coretan admin untuk kali ni. Jumpa lagi di post yang akan datang. Mungkin admin akan cerita macam mana nak breed ikan2 ikan ni atau mcm mana nak setup rumah diorang ni.
Wah..good sharing. Thank you
ReplyDeleteAdmin, macam mana nak bezakan jantina ikan spila ni?
ReplyDeleteAdmin, macam mana nak bezakan jantina ikan spila ni?
ReplyDelete