Minat bela ikan? tapi ikan asik mati? nah baca ni.. semoga dapat membantu


Apa tu Water Parameters?

AIMAN KHAZAI, THURSDAY, SEPTEMBER 22, 2016

Salam dan selamat sejahtera kepada semua ahli MAF sekalian. File ni nak cerita khusus untuk kepentingan penjagaan air untuk akuarium kita. Maklumat2 dalam fail ni adalah kesimpulan cara am sahaja, kalau nk cerita habis2an, 7hari 7malam x abes. Jd cukup la file ini utk panduan mengetahui parameter air kita. Ramai yang tahu, tp ramai juga yang x tahu, tu belum lg yg tahu tp buat2 x tahu. Wakaka. Selamat membaca!

*************************************************

Water cycle (kitaran air akuarium) tu adalah satu benda yang sangat penting utk kita tahu. Setakat air nampak jernih, x semestinya air kita tu baik untuk ikan. Jadi utk mula2 kita belajar pasal asas water parameter dulu.

Water Parameters:
    pH
    GH
    Suhu
    Ammonia
    Nitrite
    Nitrate


Ada lg kalau nk in detail amek tau mcm kH, refraction(pembiasan) la apa la tu nnt dulu. Haha.

So pertama, pH. Apa tu pH? pH ni secara amnya tahap asid dan alkali air akuarium tu. Mula dari 0 sampailah ke 14. 7 di tgh2, adalah neutral. Bawah 7 asid, atas 7 alkali. Senang paham kan?

 Secara amnya, kebanyakan ikan memerlukan ph air dalam 6-6.5. Tp lain ikan lain lah keperluannya. Mcm chocolate gourami pH kena rendah(asid) bawah 5, african cichlid pH kena tinggi(alkali) dalam 8. Mcmana nk tentukan kadar pH dalam akuarium kita? Tu tanya otai2 dalam group mekaseh.

Kedua, GH. GH tu general hardness atau water hardness secara am. Water hardness ni amende plak? Water hardness ni adalah kandungan terlarut kalsium(ca) dgn magnesium(mg) dalam air. Kandungan ca dgn mg yg tinggi dalam air, maka air tu jadi hardwater. Softwater pulak yg sebaliknya, kandungan ca dgn mg yg rendah. 

 Ketiga, suhu. Suhu ni adalah antara yg paling senang nk check, tp ramai x amek endah. Yang duduk kawasan bandar tu, mesti suhu tinggi, dalam 29c-31c. Kt umah aku penah skali paling panas smpai 33.5c. Lepas seminggu ikan mati. Sbb aku x wat pape. Haha. Tahukah anda, suhu air di sungai kita secara amnya dalam 26c? Musim hujan tengkujuh lg sejuk. Ada sorang aquarist ni update suhu air kat tasik banding masa musim hujan 21c je. Sejuk bai. Jadi camne nk jaga suhu air akuarium kita? Pertama skali, beli la thermometer dulu, yg cikai tu dlm RM5-10 je pun. Digital thermometer dalam RM30. Cara nk jaga, boleh guna kipas atau chiller. Secara am suhu bawah 28C ok2 la ikut syarat. Tp sebaiknya 26c.

Ok no 4, 5 dgn 6 ni berkait rapat. Ammonia, nitrite dgn nitrate. Sebelum aku citer pasal kitaran ammonia ni, aku citer dulu sedikit sebanyak pasal biobac.

Biobac tu apa? Biobac (biological bacteria atau beneficial bacteria), adalah bakteria baik yang bertanggungjawab utk menjaga air dalam akuarium kita. Penah dgr x org citer pasal fishless water cycle? Kitaran air tanpa ikan. Smpai berminggu2 org bela air dalam akuarium kosong xde ikan. Knp sbbnya? Sbb dia nak biakkan biobac dulu. Bila biobac dah beranak pinak ke anak cucu, baru dia masukkan ikan. So nnt parameter air senang stabil long term, n ikan pun susah nak sakit atau stress dgn air yg toksik. Bak pepatah org jawa, berjaya bela biobac dulu, baru berjaya bela ikan. Atau kata2 pujangga drpd uncle owner kedai ikan yg aku citer pasal pearl aro dulu tu, ‘Master the water, then u shall master the fish.’      


Ok ammonia cycle.

NH3       ->       NO2     ->     NO3

Ammonia        Nitrite           Nitrate


Apa tu Ammonia?

Ammonia ni didapati dari taik ikan, makanan ikan, atau bangkai ikan secara amnya yg dibiarkan mereput dalam air akuarium kita. Ammonia ni bahasa pasar dia adalah toksin. Lg byk ammonia dalam air, lg toksin la air tu. Lg toksin air tu, lg parah la ikan kita lama2. Jadi, cemana nk setelkan ammonia ni? Xkan x bg ikan makan plak kan? Haha.

Cara dia mcm ni, ammonia tu boleh terlerai dgn adanya biobac. Khususnya utk ammonia, biobac yg bertanggungjawab nama genus dia ialah nitrosomonas. Kira nama keluarga dia la. Nitrosomonas ni makanan dia ammonia, pastu dia berak keluar nitrite. Kat bawah ni penjelasan dia secara kimia:


2NH3 + 3O2  ->  2No2 + 2H + 2H2O


Ni amende ni? Bahasa mesopotamia? Kah3

Penjelasan dia:

NH3 tu adalah ammonia, O2 tu adalah oksigen. Maksud dia, nitromonas ni akan makan ammonia, sambil bernafas oksigen, dia akan berak hasilkan nitrite(NO2), hidrogen ion(H) dan air(h2o).  

*Take note, nanti bila2 aku free aku jelaskan Hidrogen ion yg terhasil drpd peleraian drpd biobac nitrosomanas tu apa kesan dia pada air. 

Nitrite tu apa plak?

Tadi dah setel bab ammonia kan. Sbb dia toksik, so biobac nitrosomonas tu menolong makan ammonia tu so air x jd berapa toksik. Tp lepas ammonia dah xde, ada nitrite plak. Nitrite ni adalah hasil drpd terlerainya ammonia lepas biobac tu makan. Nitrite ni kurang toksik drpd ammonia tp tetap berbahaya. Jadi camne nak setel nitrite plak? Adoi laaa

Yg tanggungjawab makan nitrite ni adalah biobac jugak, nama keluarga dia nitrobacter. Jadi, nitrobacter ni akan makan nitrite, dan berak keluar nitrate plak. Penjelasan seperti di bawah:

2NO2 + O2  ->  2NO3

Penjelasan dia :

Nitrite(NO2) tu akan dimakan nitrobacter, sambil bernafas oksigen(O2), dan akan berak keluar nitrate(NO3). Nitrate ni adalah yang paling tidak toksik banding ammonia dan nitrite, tp dalam kandungan yang banyak, nitrate ni tetap merbahaya pada ikan. Sbb tu org sarankan utk buat wc (Water change) setiap minggu.

Dah la kita bg ikan makan hari2, dah brape byk ammonia dah dalam tank. Kalau kita jaga air pun, nitrite tinggi, nitrate pun tinggi. Tu sbb kena wc. Ni belum lg org yg x jaga biobac langsung, ammonia tinggi melangit, nitrite dgn nitrate sket je sbb biobac x sihat. Cemana plak ye org yg x wc langsung tu? (Ada org yg x wc langsung ye, tp dia ada cara dia, salah satu cara biotope yg akuarium dia byk pokok. Spt sedia maklum, pokok mmg serap ammonia/nitrite/nitrate. Tp setakat pokok sebatang dua tp ikan 10 ekor, x mampu la pokok tu nk serap semua toksik dalam air. Kena pandai balancekan)

Ada juga persoalan orang yg mengatakan, aku dah bertahun bela ikan xpenah amek tau pasal smua ni ok je ikan aku. Air jernih je. 9 tahun aku bela kelisa aku.

Jawapan aku                                                                                  :

Contoh manusia yang sepanjang tempoh hayatnya hidup dalam keadaan yang penuh dgn stress. Dgn makanan x jaga, rehat x jaga, dll. Mesti slalu sakit kan? Apa lg dgn ikan? Mcm contoh persoalan kt atas, kelisa tempoh hayat berpuluh tahun kott. Setakat 9 tahun dah konfiden cara bela kita betul? Ikan tu baru habis tempoh remaja dah arwah. Camne tu? Betul ke cara kita bela tu? Ni baru sentuh bab air, belum sentuh bab saiz akuarium dgn pemakanan. Kesimpulan dia kalau kita x jaga betul2, kita yang zalim!

Kesimpulan dia, jaga lah air kita elok2 sesuai dgn keperluan ikan. Water parameter ni adalah benda asas yang setiap aquarist WAJIB tahu. Jadi, cemana nak check water parameter kita? Test kit lah. Mcm2 brand ada jual dgn mcm2 cara utk check. Setiap aquarist wajib ada test kit.

 Moga maklumat ini dpt bermanfaat sedikit sebanyak kepada semua yang berjaya membaca dan hadam dan amal dgn sebaiknya. Seperti sedia maklum, kami di MAF sangat terapkan ilmu. Knowledge is power! Beramal tanpa ilmu adalah satu perbuatan yg bazir masa. Jadi, tuntutlah ilmu, belajar, rajin membaca, pastu praktikkan pada akuarium kita. Kalau ada masalah, senang utk kita betulkan sbb kita tahu apa masalah.

 Pape pun, ni baru asas. Byk lg benda yg kita boleh belajar. Saya bg hint sket apa lg yg kita perlu tau, tahukah anda suhu dan pH boleh memberi faktor pada tahap toksiknya ammonia dalam air? Cemana nak stabilkan pH yang kita nak dalam akuarium kita? Kalau ph 5? ph 8? Nak kawal water hardness plak? Biobac kalau sihat dan ammonia / nitrite banyak boleh ubah pH ke? Dan cemana semua ni boleh memberi kesan kepada faktor stress ikan? Cemana nak ukur tahap stress ikan? Jeng3. Rajin2 lah bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

Sekian daripada kami di MAF.

‘FROM FISHKEEPERS, FOR FISHKEEPERS’  

No comments:

Post a Comment