Panduan mengelak kumpau ketika keluar memancing, benda yang pemancing perlu tahu.




   Seperti mana yang kita selalu dengar hobi memancing ini kerap dikaitkan dengan kumpau. Kumpau ni pula banyak kategori. Ada yg kumpau berjemaah, kumpau berdarah, dan macam-macam jenis kumpau.
Segala persiapan telah dibuat seperti membeli batu ladung heavy duty, gewang pusaka warisan, perambut seribu paun, bangla kerja 24 jam, mata kail rambai 10 mata daichi, menggunakan khidmat tekong teragung selat kelang 500hp, tapi bila sampai di port mancing indah khabar dari rupa. Sunyi..sepi...

   Untuk artikel kali ni admin akan membongkarkan rahsia yg diperturunkan turun temurun kepada admin supaya admin tak kumpau. Agak berat hati ini untuk mendedahkannya tapi apakan daya, ilmu harus dikongsi barulah diberkati.
  Untuk tidak membuang masa admin ceritakan pada anda semua tips mengelak kumpau pusaka admin. Rahsianya ialah jangan sesekali memancing kalau taknak kumpau. Duduklah rumah dengan anak bini potong rumput bersama ke, pergi perpustakaan ke..
   Maaf kepada sesiapa yg termakan cili.hehehehe. Mancing dan kumpau memang tak boleh dipisahkan ibarat laut dan pantai, langit dan bumi, isi dan kulit. Di artikel yg akan datang admin akan berkongsi lagi tentang panduan membaca almanac dan kaitannya dengan dunia memancing.


No comments:

Post a Comment