Panduan mengambil selekoh corner untuk beginner



Pertama sekali admin nak ingatkan tujuan admin tulis artikel ni bukan nak galakkan korang jadik mat rempit ataupon pelesit. Tujuan admin tulis ni supaya kita sama sama menjadi penunggang yang berilmu dan berhemah dijalan raya.

   Antara benda yang perlu dititik beratkan ialah tayar. Dimana pemilihan tayar amat penting peranannya ketika mengambil selekoh. Kalau dah kering sangat poket tu sekurang kurangnya tayar hadapan mestilah yg berkualiti. Ini kerana diroda hadapan tiada enjin braking. Enjin braking ini dipercayai dapat menambah grip tayar ketika mengambil selekoh. Antara jenis tayar yang bagus ialah bridgestone, pirelli, untuk yang kurang mampu tetapi masih mahukan tayar berkualiti bolehlah cuba maxxis, zeneos, fdr dan lain lain lagi tayar jenis pertengahan. Elakkan menggunakan tayar murah kerana tayar murah ni kebanyakkan materialnya keras. Bila keras getah tayar maka kurang cengkaman tayar.
   Riding position ataupon posisi tunggangan juga perlu dipelajari kerana posisi ketika mengambil selekoh ni bukan acah-acah senget badan tiru casey stoner ke apa. Posisi ni tujuannya adalah tak lain untuk merendahkan titik gravity penunggang dan mesinnya supaya lebih stabil apabila mengambil selekoh. Sentiasa agihkan berat badan anda ke bahagian depan motosikal untuk mendapatkan lebih cengkaman di roda hadapan. Miringkan badan kekiri jika selekoh kiri dan kekanan jika selekoh kanan.selalunya penunggang akan dapat menguasai teknik ini apabila kerap mengaplikasikannya apabila menunggang.

   Race line. Kita mesti selalu dengar istilah line luar masuk dalam. Agak tepat juga istilah ini sebenarnya. Contohnya bila kita nak ambil selekoh kiri pastikan kita berada dibahagian kanan jalan. Apabila motosikal kita mula membelok kita perlu merapatkan motosikal kita dengan bahu jalan sebelah kiri. Teknik ini sebenarnya memudahkan kita untuk mengambil selekoh yg seterusnya. Selain itu teknik ini juga dapat mengelakkan penunggang termakan jalan orang yg menggunakan jalan bertentang.
   Sebaik baiknya jika ingin mempraktikkan tips-tips ini, praktikkanlah di litar. Lebih selamat dan mesra pengguna. Jangan nanti bila ikut konvoi kawan-kawan ride ke fraser hill baru nak buat.mesti kekok masa tu. Akhir kata dari admin berhati hatilah ketika menunggang. Moto rosak ada insuran cover, kepala rosak buruk padahnya.

No comments:

Post a Comment