Nikola Tesla (1856 - 1943) mungkin adalah salah seorang penyelidik terhebat yang pernah ada. Beliau memegang kira-kira 300 hak milik paten penemuan-penemuan yang bersangkut paut dengan letrik seperti dinamo, transformer, induction coil, condenser dan spot light.
Dari kesemuanya itu, Tesla paling dikenali kerana sumbangannya dalam penyelidikan letrik AC (Alternating Current). Oleh kerana ini juga, beliau kemudian bermusuhan dengan bekas bossnya, Thomas A. Edison yang memilih untuk memberi tumpuan pada DC (Direct Current).
Nama Tesla selalu dikaitkan dengan penemuan-penemuan luar biasa yang jauh lebih maju dari zamannya. Contohnya Otis T. Carr, salah seorang jurutera yang juga anak didik Tesla, pernah membuat kenyataan mengejutkan dimana beliau dan rakan satu pasukannya bernama Ralph Ring pernah mencipta sebuah pesawat berbentuk piring dan berjaya diterbangkan sejauh 10 batu dengan kelajuan cahaya. Menurut Carr, beliau menggunakan prinsip-prinsip yang diajarkan Tesla dalam membuat pesawat tersebut.
Selain itu, nama Tesla juga sering dikaitkan dengan peristiwa letupan Tunguska (sebuah ledakan misteri yang 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima yang menghentam sebuah hutan di Wilayah Tunguska, Siberia, ledakan ini menghanguskan 80 juta batang pokok seluas 830 batu persegi). Ledakan itu dipercayai dari ujian Tesla ketika beliau mentransmisikan kuasa letrik yang kuat dengan menggunakan menara Wardenclyffe yang di binanya.
Tesla Death Ray
Semuanya bermula dari statement yang dikeluarkan oleh ilmuwan eksentrik itu pada tahun 1938. Kepada reporter, Tesla mengumumkan beliau akan mencipta sebuah senjata maha dahsyat sehingga siapapun yang memilikinya sekaligus akan menerima kemenangan luar biasa di dalam setiap peperangan.
Senjata yang dimaksud Tesla itu kemudian dikenali dengan nama Tesla Death Ray, atau Sinar Kematian Tesla.
Menurut Tesla:
Senjata ini akan mengirim pancaran partikel-partikel yang terkonsentrasi melalui udara yang akan bergerak dengan kelajuan hampir menyamai kelajuan cahaya. Energinya begitu kuat sehingga ia dapat menjatuhkan sehingga 10,000 buah pesawat musuh dari jarak 250 batu dan dapat menyebabkan jutaan tentera musuh mati 'ditempat kejadian'. Senjata partikel ini melibatkan empat penemuan yang dikombinasikan menjadi satu.
Penemuan pertama adalah sebuah peralatan yang dapat mempengaruhi atmosfera terhadap partikel-partikel tersebut.
Penemuan kedua adalah metode untuk menghasilkan potensi kekuatan arus eletrik yang sangat besar.
Penemuan ketiga adalah metode untuk meningkatkan kekuatan arus eletrik yang dihasilkan hingga mencapai 50,000,000 volts.
Penemuan keempat adalah pembuatan sebuah alat untuk 'melontarkan' kekuatan elektrik yang telah dihasilkan.
Menurut Tesla, dua dari empat penemuan diatas telah dibuat dan diuji olehnya. Dua yang lainnya hanya memerlukan sedikit sentuhan akhir. Untuk merealisasikannya, hanya diperlukan dana berjumlah 2 juta dolar dan masa sehingga 3 bulan. Jumlah ini sangat kecil dibandingkan dengan hasil yang dapat diberikan. Jika projek ini disetujui, Tesla akan mendirikan menara-menara penjanakuasa elektrik yang berfungsi sebagai senjata di zon-zon peperangan..
Particle Beam.
Nampak Tesla seperti sedang berfantasi, admin rasa korang pun pikir begitu. Akan tetapi itu bukan sifat Tesla.
Pancaran partikel (particle beam) sebenarnya bukan benda yang pelik dalam dunia sains. Kita biasa menggunakan metode ini dalam kehidupan modern ini.
Pancaran partikel sebenarnya hanya sebuah pancaran cahaya yang terdiri dari berbagai gelombang elektromagnetik. Salah satu contoh penggunaannya adalah alatan pembedahan sinar laser yang digunakan untuk membedah bahagian tempurung kepala.
Namun begitu pancaran partikel yang dipikirkan dalam kepala hotak Tesla memiliki level yang sungguh berbeza dibanding dengan alatan untuk operation di wad bedah. Jika senjata pemusnah ini adalah satu dari cerita dongeng saintis, mengapa Tesla bermati-matian ingin menciptanya?
Tesla ternyata memiliki cara pandang yang berbeza mengenai senjata ini
Senjata Pemusnah Besar-Besaran
Dalam pandangannya, senjata pemusnah ini sekaligus boleh mencegah peperangan. Pada tahun beliau membuat pengumuman tersebut, perang dunia I telah berakhir dan dunia sedang bersiap memasuki perang dunia ke-II. Kerana itu, Tesla memiliki cita-cita besar untuk mengakhiri konflik dunia itu dan menciptakan perdamaian dunia.
Dalam salah satu suratnya, Tesla menulis:
"Selama bertahun-tahun, saya cuba untuk mencari penyelesaian untuk masalah paling utama umat manusia, iaitu bagaimana untuk menjaga keamanan dunia."
Mengenai Tesla Death Ray, beliau mengatakan:
"Penemuan ini akan membuatkan perang kelihatan mustahil untuk berlaku. Pancaran kematian itu akan mengelilingi perbatasan, setiap negara seperti tembok China yang tidak kelihatan... dan 'tembok' itu jutaan kali lebih sulit untuk ditembusi. Ini akan membuatkan setiap negara tidak dapat diceroboh oleh pesawat musuh atau tentara darat yang menyerbu masuk."
Dengan kata lain, menurut Tesla, untuk mencegah perang kita harus mempunyai senjata yang sangat hebat sehingga negara lain akan memadam niatnya untuk menyerang. Namun, walaupun perang dunia sudah berada diambang pintu, kelihatan kerajaan Amerika tidak berniat untuk merealisasikan idea Tesla. Beberapa usaha Tesla untuk menawarkan ideanya ke beberapa negara lain juga diabaikan. Kepercayaan terhadap ideanya runtuh dan mula dilupakan.
Tapi, waktu Tesla meninggal dunia, ingatan terhadap Tesla Death Ray berputik kembali. Ini kerana munculnya sebuah misteri yang cukup membingungkan.
Dokumen yang Hilang.
Pada tanggal 7 Januari 1943, Tesla meninggal dalam bilik 3327 di tingkat 33 sebuah hotel di New York pada usia 86 tahun. Oleh kerana mendiang seorang bujang terlajak, harta benda dan dokumen-dokumen peribadi yang dimilikinya diwariskan kepada keluarganya yang lain. Tidak lama selepas kematiannya, para agen dari Alien Property Custodian (Bahagian Pendatang Haram) Jabatan kehakiman Amerika Syarikat, segera menyita seluruh dokumen-dokumen tersebut. Ini cukup menghairankan kerana Tesla sendiri sebenarnya adalah warganegara rasmi Amerika. Operasi dari Alien Property Custodian ini diakui oleh FBI dalam website resminya.
Namun misterinya tidak berakhir disitu. Ketika kerajaan Amerika mengadakan pemeriksaan menyeluruh atas seluruh dokumen yang disita, mereka tidak menemui catatan mengenai rancangan Tesla Death Ray.
Dengan kata lain, rancangan senjata pemusnah besar-besaran tersebut hilang tanpa jejak.
Dimanakah Rancangan Tesla Death Ray Sebenarnya?
Sebahagian orang ramai percaya mendiang Tesla telah memusnahkan dokumen tersebut sebelum kematiannya kerana takut jatuh ke tangan orang yang salah. Sebahagian lagi percaya orang yang terdekat dengan Tesla telah berjaya menyembunyikan dokumen tersebut sebelum disita oleh kerajaan.
Jenderal George Keegan, pesara ketua inteligent angkatan udara Amerika, percaya dokumen itu berada di tangan Kerajaan Soviet Union. Perasaan syak wasangka ini muncul kerana Tesla juga mempromosi dan membuat presentation ideanya kepada negara-negara lain.
Ketika penawarannya untuk membangun jaringan Tesla Death Ray tidak mendapatkan respon yang baik dari kerajaan Amerika, Tesla menawarkan ideanya kepada British dengan harga 3 juta dolar. Beliau berjanji akan membuat tanahair British bebas dari serangan musuh hanya dalam tempoh 3 bulan. Kerajaan British juga tidak berminat dengan tawarannya. Lalu, Tesla kembali cuba menawarkan ideanya, kali ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Usaha ini juga gagal.
Ketika pemerintah lain pandang serong pada tawaran Tesla, keterujaan dan keghairahan ditunjukan oleh Soviet. Kononnya pada tahun 1937, setahun sebelum Tesla mengumumkan ideanya pada publik, beliau sebenarnya telah membuat presentation kepada Amtorg Trading Corporation, salah satu syarikat dari Soviet yang bercawangan di New York.
Dua tahun kemudian, tahun 1939, Tesla dikhabarkan telah membuat uijian tahap pertama ideanya di hadapan pihak Soviet. Lalu, Tesla menerima cek sebesar 25,000 dolar dari mereka. Namun projek itu tidak pernah diselesaikan.
Ada teori menyatakan si Tesla ni memang tidak pernah membangunkan projek itu, melainkan hanya menjual ideanya kepada sesiapa yang berminat.
Kebimbangan Amerika ini kembali digugat tatkala Soviet menawan Afghanistan pada tahun 1979. Khabar angin tersebar pada masa perang tersebut dimana helikopter-helikopter Soviet dilihat mengeluarkan cahaya pelik yang dipancarkan kepada tentera Afghanistan. Mereka yang terkena cahaya tersebut terbunuh on the spot dan mayatnya tidak membusuk hingga 30 hari.
Ketika meneliti mayat tersebut, pihak tentera barat percaya Soviet mungkin telah menggunakan gas pembunuh jenis terbaru, namun banyak yang menyangkalnya kerana keadaan mayat tersebut dilihat adalah hasil dari senjata yang memancarkan elektromagnetik berkekuatan tinggi.
Jadi, adakah Soviet telah berjaya merealisasikan rancangan Tesla Death Ray?
Foto tahun 1980 dari satelit pengintip Amerika yang menunjukkan kemungkinan
lokasi senjata partikel Russia di Semipalatinsk
Selain teori Rusia, banyak juga yang percaya rancangan itu berada di tangan Kerajaan Amerika Syarikat sendiri.
Teori ini ada point yang cukup kuat.
DARPA (Defense Advance Reasearch Project Agency), iaitu salah satu badan kerajaan yang bertujuan untuk meneliti persenjataan baru untuk ketenteraan, badan ini telah melakukan ujian senjata partikel sejak tahun 1958, 15 tahun setelah kematian Tesla. Prinsip penelitian mereka sama seakan idea Tesla, walaupun dalam skala yang lebih kecil.
Namun, projek ini tidak dilanjutkan lagi kerana dua alasan, satu - kerana material-material yang diperlukan oleh senjata dahsyat ini dianggap "berisiko tinggi" dan kerana kekuatan yang diperlukan untuk memproses pancaran itu melebihi kemampuan generator elektrik standart yang digunakan dalam perang.
Jika dua masalah ini diselesaikan, mungkin projek ini akan dilanjutkan lagi.
Apakah ini bererti kerajaan Amerika memiliki dokumen Tesla?
Mungkin yer. Tapi boleh jadi juga takda. Apa yang dikembangkan oleh DARPA sama sekali tidak menyamai apa yang didakwa Tesla mengenai kekuatan maksimum senjatanya. Beberapa pihak percayai Amerika memang memiliki dokumen tersebut, tetapi tidak memiliki kemampuan untuk merealisasikannya.
Selain teori Konspirasi yang melibatkan pemerintah, banyak juga yang percaya projek Tesla Death Ray sebenarnya tidak pernah wujud. Menurut mereka, Tesla Death Ray hanyalah satu dari kisah gurauan yang diberikan oleh Tesla. Walaupun tidak ada yang menyangkal kepintarannya, namun banyak projek yang disebutkannya tidak pernah direalisasikan.
Misalnya, pada tahun 1900, beliau mengatakan boleh menyembuhkan penyakit TBC dengan osilasi elektrik. Pada tahun 1927, beliau ada rancangan untuk mengendalikan dan mengawal kekuatan arus laut untuk dimanfaatkan.
Jadi, Tesla Death Ray pun boleh jadi hanyalah salah satu dari sembang Tesla macam yang lain.
Bahkan walaupun rancangan itu ada, boleh difahami mengapa semua kerajaan menolaknya. Idea Tesla mengenai kemungkinan terciptanya kedamaian jika senjatanya diimplementasikan sangat tidak masuk akal. Memang, sebuah negara yang memasang Tesla Death Ray akan aman dari rempuhan pesawat. Namun tiada jaminan untuk perkataan AMAN tu dapat dikecapi. Lebih banyak masalah yang buruk akan diharungi..
Dan kesimpulannya, idea besar ini juga memiliki cacat cela yang besar.
Jika hari ini, 74 tahun setelah kematian Tesla, kita masih belum melihat realisasi dari Tesla Death Ray, maka kita harus bersyukur, dan siapapun yang menyimpan dokumen itu hingga sekarang, insan itu telah membuat kebaikan bagi dunia dan kita semua..
Sumber dari sengal paranormal team sepat. tq team sepat
No comments:
Post a Comment