Ilmu menarik pasal warna kucing

Fakta menarik tentang warna bulu kucing.

Warna asas bagi seekor kucing ialah putih, hitam, kelabu, oren. Kucing akan mempunyai satu warna, gabungan 2 warna, dan gabungan 3 warna sahaja. Kucing yang satu warna atau dua warna ni, biasa je, maknanya boleh jadi jantan, boleh jadi betina. Tapi untuk kucing yang ada gabungan 3 warna ni, 99.97% bahawa kucing tu adalah betina. Maknanya probability nak jumpa kucing jantan 3 warna cuma 0.03%, kalau jumpe pon, 99% kucing jantan tersebut mandul. Jadi jika ada jumpe kucing jantan 3 warna dan boleh buntingkan kucing betina, kucing tu satu dalam beribu.

 
Sedutan ceramah dari Ustaz Auni pasal warna kucing

Kalau nak cerita dari sudut sains, segala hidupan kat muka bumi ini mengandungi susunan DNA dalam setiap diri masing masing, yang menentukan ciri ciri sesuatu hidupan tersebut. Ilmu pasal DNA ni pon, belum dibongkarkan habis lagi oleh manusia. Set dna akan disusun dan membentuk kromosom. Bilangan kromosom juga berbeza bagi setiap hidupan. Dalam setiap organisma yang berjantina, terdapat dua kromosom khas iaitu kromosom X dan kromosom Y. Jantina akan ditentukan dari pasangan X dan Y. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika mempunyai kromosom XY, maka ianya adalah lelaki.



   Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing adalah warna bulu kucing. Ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri pada sepasang gen dalam kromosom. Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang) .Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna. Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna atau juga dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaituXO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak.



Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X. Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX. Tapi macam mana pula dengan kucing jantan 3 Warna? Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu?Datang dari mana?

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (atau seseekor), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.Seperti yang diketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY.Perempuan/betina pula, adalah XX.

Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan(kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile).

Jadi, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan sebab itu juga, mandul. Tapi macam mana pula jika anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya” dan keaktifan yang tidak terkawal?ehehehe...

 

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zigot disenyawakan serentak malah bergabung menjadi satu embrio ketika proses pembentukan di dalam uterus si ibu. Fenomena 2 zigot disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, juga membentuk 2 zigot. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zigot kembar tidak seiras ini,mempunyai jantina yang sama,bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus menjadi satu. Chimera tersangatlah jarang terjadihanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera.Asalnya dari 2 zigot yang sama jantina tetapi berlainan warna kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

Sumber: Youtube & kamipencintakucing2010.blogspot.my